Monday, 10 October 2011

Bina blog...

Assalaamua'laikum...kepada semua pengunjung;

Ahlan Wasahlan kepada para pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan dalam meneruskan pelajaran sebagai pelajar PJJ UPSI. Antara sedar dengan tidak sekarang sudah masuk S2. Banyak pengalaman yang diperolehi semasa berkuliah di S1 baik menghadiri sidang tutorial atau belajar menggunakan on-line. Semuanya agak baru bagi saya yang bukan sahaja tidak mahir dalam ICT, lebih-lebih lagi dalam penciptaan blog. Tapi semua itu membuatkan saya lebih bersemangat dan ingin meneroka lebih jauh apakah sebenarnya blog itu. Selama ini saya tidak ambil kisah...orang sekarang kata buat dek aje dengan blog, tapi kalau dah terpaksa, apa pun boleh dilakukan. Pengalaman baru ini memang menyeronokkan....sekarang sudah ada blog sendiri walaupun tah apa-ape rupanya...! Tahu le sikit-sikit pasal "link". Itu pun buat muka tak malu tanya kawan-kawan sekolah. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang membantu saya mencipta blog, maklumlah guru muda...mereka lebih advance dari saya yang dah masuk 40-an ini.

No comments:

Post a Comment