Tuesday 21 February 2012

PENDIDIKAN KHAS: CIRI-CIRI PELAJAR SLOW LEARNER

PENDIDIKAN KHAS: CIRI-CIRI PELAJAR SLOW LEARNER: Antara ciri-ciri pelajar perkembangan lewat ialah : mempunyai rupa bentuk fizikal seperti pelajar normal - mereka boleh bertutu...

Thursday 1 December 2011

JABATAN PELAJARAN PERAK


Rancangan Pengajaran Harian (MATEMATIK)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN                             : MATEMATIK

KELAS                                                : TAHUN 4 SARJANA

TARIKH                                               : 13 OKTOBER 2011

MASA                                                  : 8.40 – 9.10  PAGI

BILANGAN MURID                             : 20 ORANG

BIDANG PELAJARAN                       : MENENTUKAN HUBUNGAN DI ANTARA UNIT MASA

OBJEKTIF PEMBELAJARAN           : MENUKAR DI ANTARA UNIT MASA

HASIL PEMBELAJARAN      : DI AKHIR SESI PEMBELEJARAN INI, MURID DAPAT:
1.    MENYEBUT HUBUNGAN DI ANTARA UNIT MASA.
2.    MENUKAR UNIT MASA DARI HARI KE JAM, TAHUN KE HARI DAN DEKAD KE TAHUN.

NILAI-NILAI MURNI               : 1. MENGHARGAI MASA  
                                                  2. BEKERJASAMA DALAM KUMPULAN.

BAHAN BANTU BELAJAR    : MODEL JAM,KAD  GAMBAR,CARTA UNIT MASA, KAD
                                                     SOALAN DAN KALENDAR.
                                               

PENGETAHUAN SEDIA ADA:  MURID TELAH MEMPELAJARI  UNIT MASA DALAM JAM
                                                       DAN  MINIT SERTA BOLEH MEMBACA WAKTU
                                                       BERDASARKAN JARUM PADA MUKA JAM.




FASA

ISI KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

NOTA
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID

Set induksi/
Mencungkil
Idea
(3 mn)

Maksud a.m dan p.m dalam sehari

Guru memberi penerangan tentang maksud a.m dan p.m  dan selepas itu mempamerkan beberapa keeping kad gambar pelbagai aktiviti yang dilakukan sepanjang hari


Murid memberi pelbagai respon.

Strategi :

Penyoalan seluruh kelas.










Langkah 1:

Menerang konsep
(6 mn)


Hubungan di antara unit masa

1 hari = 24 jam

1 th = 365 hari

1 dekad = 10 th

Guru memberi penerangan kepada murid supaya mereka tidak tersalah konsep berkaitan masa dan waktu.

Guru juga menerangkan kepada murid tentang tahun lompat, apa yang dikatakan tahun lompat dan pengertiannya.



Murid mendengar dan memberi tumpuan serta berkomunikasi dengan guru tentang unit berkaitan masa.


Murid memberi pelbagai jawapan daripada persoalan yang diajukan.



Strategi:

Teknik POE digunakan
(predict-observe-explain)

BBB :
Kalendar






Langkah 2

Aplikasi idea
(8 mn)

Mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam gerak kerja kumpulan.

Guru mengedar kad soalan yang berbeza dan memberi arahan apa yang perlu dilakukan.

Guru bergerak memantau kumpulan dan memberi bimbingan  sewajarnya  kepada kumpulan yang lemah.


Setiap kumpulan berbincang dan menyelesaikan tugasan yang diberi iaitu menentukan waktu berdasarkan gambar dan menjawab soalan penukaran unit masa.

Strategi:
Perbincangan dalam kumpulan.

Nilai murni:

kerjasama









Langkah 3:

Megukuhkan
Kemahiran
(10 mn)

Pembentangan hasil perbincangan dalam kumpulan.

Guru mendengar dan memberi respon serta bersoaljawab dengan murid, minta pandangan kumpulan lain untuk memberi komen.

Guru  membetulkan miskonsepsi murid dengan penerangan kepada kumpulan yang kurang faham.


Setiap kumpulan melalui wakilnya mempersembahkan hasil dapatan menerusi perbincangan.

Murid dari kumpulan lain akan memberi respon samaada bersetuju atau tidak apa yang dibentangkan oleh rakan mereka.


Strategi :
Mastery learning.

Teknik:

Percambahan fikiran










Refleksi/penutup:
(3 mn)

Soaljawab berkaitan unit masa

Guru menguji pemahaman murid dengan kuiz pendek.

Pemahaman murid boleh dinilai melalui jawapan yang diberi.


Murid memberi respon tentang soalan yang dikemukakan mengikut kefahaman mereka bagaimana untuk menukar unit masa. (operasi apa yang digunakan)


Strategi:

Penyoalan secara keseluruhan & pilih murid secara rawak.



Wednesday 12 October 2011

Renung-renungkanlah...muhasabah diri

"Seorang ibu hanya boleh menidurkan seorang anak pada satu-satu masa,

...seorang isteri boleh menidurkan seorang suami................ dan

seorang guru boleh menidurkan semua murid dalam kelasnya"!

Tuesday 11 October 2011

Monday 10 October 2011

Bahan dalam blog......

Makro teaching belum buat lagi....cadangnya nak buat rakaman minggu ni. Semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan. Kalau dah buat lega rasanya.