JABATAN PELAJARAN PERAK
Thursday, 1 December 2011
Rancangan Pengajaran Harian (MATEMATIK)
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MATA
PELAJARAN : MATEMATIK
KELAS :
TAHUN 4 SARJANA
TARIKH : 13 OKTOBER
2011
MASA : 8.40 –
9.10 PAGI
BILANGAN
MURID : 20 ORANG
BIDANG PELAJARAN : MENENTUKAN HUBUNGAN DI ANTARA UNIT
MASA
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN : MENUKAR DI ANTARA
UNIT MASA
HASIL
PEMBELAJARAN : DI AKHIR SESI
PEMBELEJARAN INI, MURID DAPAT:
1.
MENYEBUT
HUBUNGAN DI ANTARA UNIT MASA.
2.
MENUKAR
UNIT MASA DARI HARI KE JAM, TAHUN KE HARI DAN DEKAD KE TAHUN.
NILAI-NILAI
MURNI : 1. MENGHARGAI MASA
2. BEKERJASAMA DALAM KUMPULAN.
BAHAN BANTU BELAJAR : MODEL JAM,KAD GAMBAR,CARTA UNIT MASA, KAD
SOALAN DAN KALENDAR.
PENGETAHUAN SEDIA ADA: MURID TELAH MEMPELAJARI UNIT MASA DALAM JAM
DAN MINIT SERTA BOLEH MEMBACA WAKTU
BERDASARKAN JARUM PADA MUKA JAM.
FASA
|
ISI
KANDUNGAN
|
AKTIVITI
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
|
NOTA
|
|
AKTIVITI
GURU
|
AKTIVITI
MURID
|
|||
Set induksi/
Mencungkil
Idea
(3 mn)
|
Maksud a.m dan p.m
dalam sehari
|
Guru memberi
penerangan tentang maksud a.m dan p.m dan
selepas itu mempamerkan beberapa keeping kad gambar pelbagai aktiviti yang
dilakukan sepanjang hari
|
Murid memberi pelbagai
respon.
|
Strategi :
Penyoalan seluruh
kelas.
|
Langkah 1:
Menerang konsep
(6 mn)
|
Hubungan di antara
unit masa
1 hari = 24 jam
1 th = 365 hari
1 dekad = 10 th
|
Guru memberi
penerangan kepada murid supaya mereka tidak tersalah konsep berkaitan masa
dan waktu.
Guru juga menerangkan
kepada murid tentang tahun lompat, apa yang dikatakan tahun lompat dan
pengertiannya.
|
Murid mendengar dan
memberi tumpuan serta berkomunikasi dengan guru tentang unit berkaitan masa.
Murid memberi pelbagai
jawapan daripada persoalan yang diajukan.
|
Strategi:
Teknik POE digunakan
(predict-observe-explain)
BBB :
Kalendar
|
Langkah 2
Aplikasi idea
(8 mn)
|
Mengaplikasikan
kemahiran yang dipelajari dalam gerak kerja kumpulan.
|
Guru mengedar kad
soalan yang berbeza dan memberi arahan apa yang perlu dilakukan.
Guru bergerak memantau
kumpulan dan memberi bimbingan
sewajarnya kepada kumpulan yang
lemah.
|
Setiap kumpulan
berbincang dan menyelesaikan tugasan yang diberi iaitu menentukan waktu
berdasarkan gambar dan menjawab soalan penukaran unit masa.
|
Strategi:
Perbincangan dalam
kumpulan.
Nilai murni:
kerjasama
|
Langkah 3:
Megukuhkan
Kemahiran
(10 mn)
|
Pembentangan hasil
perbincangan dalam kumpulan.
|
Guru mendengar dan
memberi respon serta bersoaljawab dengan murid, minta pandangan kumpulan lain
untuk memberi komen.
Guru membetulkan miskonsepsi murid dengan penerangan
kepada kumpulan yang kurang faham.
|
Setiap kumpulan melalui
wakilnya mempersembahkan hasil dapatan menerusi perbincangan.
Murid dari kumpulan
lain akan memberi respon samaada bersetuju atau tidak apa yang dibentangkan
oleh rakan mereka.
|
Strategi :
Mastery learning.
Teknik:
Percambahan fikiran
|
Refleksi/penutup:
(3 mn)
|
Soaljawab berkaitan unit
masa
|
Guru menguji pemahaman
murid dengan kuiz pendek.
Pemahaman murid boleh
dinilai melalui jawapan yang diberi.
|
Murid memberi respon
tentang soalan yang dikemukakan mengikut kefahaman mereka bagaimana untuk
menukar unit masa. (operasi apa yang digunakan)
|
Strategi:
Penyoalan secara
keseluruhan & pilih murid secara rawak.
|
Monday, 14 November 2011
Wednesday, 12 October 2011
Renung-renungkanlah...muhasabah diri
"Seorang ibu hanya boleh menidurkan seorang anak pada satu-satu masa,
...seorang isteri boleh menidurkan seorang suami................ dan
seorang guru boleh menidurkan semua murid dalam kelasnya"!
...seorang isteri boleh menidurkan seorang suami................ dan
seorang guru boleh menidurkan semua murid dalam kelasnya"!
Tuesday, 11 October 2011
Monday, 10 October 2011
Bahan dalam blog......
Makro teaching belum buat lagi....cadangnya nak buat rakaman minggu ni. Semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan. Kalau dah buat lega rasanya.
Bina blog...
Assalaamua'laikum...kepada semua pengunjung;
Ahlan Wasahlan kepada para pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan dalam meneruskan pelajaran sebagai pelajar PJJ UPSI. Antara sedar dengan tidak sekarang sudah masuk S2. Banyak pengalaman yang diperolehi semasa berkuliah di S1 baik menghadiri sidang tutorial atau belajar menggunakan on-line. Semuanya agak baru bagi saya yang bukan sahaja tidak mahir dalam ICT, lebih-lebih lagi dalam penciptaan blog. Tapi semua itu membuatkan saya lebih bersemangat dan ingin meneroka lebih jauh apakah sebenarnya blog itu. Selama ini saya tidak ambil kisah...orang sekarang kata buat dek aje dengan blog, tapi kalau dah terpaksa, apa pun boleh dilakukan. Pengalaman baru ini memang menyeronokkan....sekarang sudah ada blog sendiri walaupun tah apa-ape rupanya...! Tahu le sikit-sikit pasal "link". Itu pun buat muka tak malu tanya kawan-kawan sekolah. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang membantu saya mencipta blog, maklumlah guru muda...mereka lebih advance dari saya yang dah masuk 40-an ini.

Sunday, 2 October 2011
Saturday, 1 October 2011
Monday, 26 September 2011
Sunday, 25 September 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)